Minggu, 30 September 2012

PPC Asal Malaysia



PPC ini mungkin kurang cocok jika di gunakan untuk PPC penghasilan tambahan karena payout nya menggunakan RM namun di sisi itu menurut saya bahwa PPC ini sangat menarik jika kita menggunakan penghasila yang di dapat dari PPC ini kembali kita gunakan untuk kita beriklan kembali di ppc adsniaga.com ini dan tentunya ini akan membantu kembali blog kita dalam meningkatkan jumlah pengunjung sehingga ini akan membantu proses menguntungkan pada PPC lain yang kita pasang di blog / web yang sama, itu pendapat saya mengenai PPC ini dan berikut penjelasan-penjelasan yang di paparkan di ppc adsniaga.com ;


Zon baru diperkenalkan : 1,000,000 Impression (Text)
Assalamualaikum w.b.t & Salam Mesra. 

Sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa kini adsniaga.com memperkenalkan zon baru bagi pengiklanan teks iaitu yang diberi nama 'Text Ads 1,000,000 Impression'. 

Melalui zon terbaru ini, hanya dengan RM50 para pengiklan/advertiser mampu mendapatkan 1,000,000 ( 1 juta ) Impression bagi iklan yang diaktifkan. Ianya bermaksud selagi tidak habis jumlah tersebut, iklan anda akan sentiasa di paparkan di dalam setiap laman web para publisher. 

Objektif kami mewujudkan zon baru ini adalah untuk merancakkan lagi dunia pengiklanan internet secara langsung memberikan lebih peluang kepada para pengiklan/advertiser untuk mendapatkan pelanggan dan para penerbit/publisher mendapat pulangan dari setiap impression yang mereka hantar. 

Kami menyedari bahawa sekiranya publisher sering kali menghantar impression tanpa menerima sebarang bayaran kerana tiada pengiklan yang memberi fokus kepada impression akan membawa rasa tidak puas hati di kalangan publisher di atas tungkus lumus mereka mencari trafik untuk menjana pendapatan melalui iklan. 

Melalui kaedah ini, semoga pengiklan dapat memanfaatkan peluang yang ada manakala para penerbit iklan tidak akan merasa terlalu lama untuk menjana pendapatan melalui web mereka. Kita cuba wujudkan 'situasi menang-menang' untuk kerjasama andata pengiklan dan penerbit iklan. 

Susulan daripada penerbitan zon baru ini, berikut adalah pakej yang ditawarkan bagi pengiklan yang berminat untuk mengiklan melalui zon ini :

##############
RM50.00 untuk 1,000,000 Impression
RM50.00 untuk 500 Click
RM50.00 untuk 35 Day
##############

Semoga dengan wujudnya zon baru ini dapat memeriahkan lagi suasana pengiklanan internet dikalangan pengiklan dan penerbit iklan di Malaysia. 

Kami sentiasa memastikan situasa 'Menang-menang' itu berlaku diantara Pengiklan dan Penerbit iklan.

Terima Kasih.

FAQ :
Bagaimana untuk menggunakan zon yang baru diperkenalkan ini?

Jawapan :

1. Login sebagai advertiser
2. Klik Ads dan pilih All Ads
3. Edit iklan anda
4. Pada bahagian 'Select a zone', tukarkan 'Google style ads' kepada 'Text Ads 1,000,000 Impression'
5. Pilih dan tetapkan sama ada anda ingin menggunakan 'Impression', 'Click' atau 'Day'. 
6. Sebelum save, sekiranya anda belum mempunyai kredit, sila pilih 'Pay directly for this order' dan jika memiliki kredit boleh pilih 'Use funds purchased earlier'.
7. Save.

Selamat mengiklan menggunakan sistem pengiklanan internet adsniaga.com

http://www.adsniaga.com


26/10/2011, 2:14 pm

Iklan adsniaga masih tidak dipaparkan di laman web anda??
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera!

Merujuk kepada data daripada keseluruhan setting dari akaun 'Publisher', kami mendapati terdapat kebanyakkan publisher meletakkan setting 'show ads which depend on the content of your site' pada bahagian zone masing-masing.

Sekiranya anda menggunakan setting ini, Iklan tidak akan keluar di laman web/blog anda selagi tiada pengiklan yang mengiklan memfokuskan kepada Keywords yang sama dengan kandungan laman web/blog anda. 

Sehubungan itu, memandangkan adsniaga.com baru bertapak dan masih belum ramai yang mengiklan menggunakan keywords. Jadi kami mencadangkan kepada setiap publisher menukar setting zon tersebut kepada pilihan lain selain 'show ads which depend on the content of your site'.

Langkah untuk mengubah setting : 

1. Login sebagai publisher.
2. Klik menu existing place
3. Lihat bahagian Zone dan tukar kepada pilihan lain kecuali 'show ads which depend on the content of your site'.
4. Save dan iklan akan dipaparkan serta merta di laman web/blog anda selepas itu!

Untuk FAQ berkaitan masalah ini boleh disemak di sini :

http://www.adsniaga.com/faq/index.php?action=artikel&cat=2&id=14&artlang=ms&highlight=iklan+tak+keluar


01/10/2011, 7:59 am

Adsniaga : Bayaran telah dilakukan!
Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera.

Sukacita ingin dimaklumkan bahawa mulai Jun 2011, pembayaran kepada penerbit iklan / publisher akan dilakukan setiap 1hb bagi bulan berikutnya untuk perolehan daripada bulan sebelumnya. 

Oleh yang demikian, bagi bayaran untuk perolehan daripada bulan Mei 2011 dan sebelumnya sehingga mencapai had pengeluaran minima sebanyak RM50 telah dibuat pada hari ini (1/6/2011).

Terima kasih kerana menyokong adsniaga.com!

- Pengurusan Adsniaga.com

* Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan/komen boleh diajukan melalui ruangan F.A.Q yang telah dibina. Sila kunjungi http://www.adsniaga.com/faq untuk maklumat lanjut.


01/06/2011, 8:59 am

Adsniaga : Banners Full Size (468 x 60) dilancarkan!
Adsniaga : Banners Full Size (468 x 60) dilancarkan!

Assalamualaikum & salam mesra!

Bermula dengan iklan teks kini adsniaga dengan sukacitanya ingin mengumumkan lagi penambahbaikan terkini yang dilakukan oleh team pengurusan di adsniaga.com,Kami berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kini adsniaga bukan sahaja menyediakan ruang untuk pengiklanan teks, namun sudah membuka ruang kepada para pengiklan mahupun pemasang iklan untuk melihat iklan-iklan dalam bentuk banner di laman web anda!

Iklan banner kedua di adsniaga.com ini diberi nama "Banners Full Size (468 x 60)" yang akan membenarkan pengiklan menggunakan medium banner sebagai bahan iklan untuk menembusi seluruh laman web para publisher.

Publisher juga berpeluang untuk memberikan kecerian dengan paparan banner yang bewarna warni daripada para pengiklan dipaparkan di laman web anda.

Iklan banner ini diperkenalkan dengan pakej berikut kepada para Pengiklan/Advertiser :

1. RM10 untuk 50 Klik (RM0.20/Klik)
2. RM10 untuk 500 Paparan/Impression (RM0.02/Paparan)
3. RM10 untuk 5 Hari Paparan + Klik (RM2.00/Hari)

Manakala bagi Penerbit/Publisher pula, % Komisen masih sama iaitu 70% daripada jumlah pelaburan Pengiklan/Advertiser adalah milik anda!

Contoh berdasarkan pakej pengiklanan, anda akan dibayar :

1. RM14.00 Bagi setiap 100 klik dari laman web anda.
2. RM7.00 Bagi setiap 500 Impression dari laman web anda. (Jika ada fokus dari pengiklan)
3. RM1.40 Bagi setiap paparan + klik bagi pakej harian. (Jika ada fokus dari pengiklan)

Perhatian : Perangkaan di atas adalah contoh sahaja, sekiranya tiada Pengiklan/Advertiser yang mensasarkan iklan dari jenis paparan sahaja atau harian maka ianya bermakna paparan sahaja tidak memberikan sebarang pendapatan kepada anda. Namun bagi setiap klik ada bayaran yang akan diberikan kepada anda.

Terima kasih kerana menyokong kewujudan Adsniaga.com dan insyaAllah kami akan sentiasa berusaha memberikan yang TERBAIK kepada para penyokong kuat sistem pengiklanan internet adsniaga.com!

MUHAMMAD SUFFI YUSOF
Pengurus Sistem Adsniaga.com
admin@adsniaga.com

##########################################################

Adsniaga: Banners Full Size (468 x 60) launched!

Greetings!

Starting with a text ad now adsniaga pleased to announce the recent next improvements made by the management team at adsniaga.com,We are pleased to inform you that now adsniaga not only provides advertising space for text, but is open to all advertisers or publishers to see the ads in a banner on your website!

The second banner ad on this adsniaga.com called "Banners Full Size (468 x 60)" that will allow advertisers to use banner advertising medium to penetrate all the publisher's website.

Publisher will have the opportunity to provide fun with a colorful display of banners on your website.

These banner ads were introduced with the following packages to the Advertiser:

1. RM10 for 50 Click (RM0.20/Click)
2. RM10 for 500 Impressions / Impression (RM0.02/Impression)
3. RM10 for 5 Days Impression + Click (RM2.00/Day)
While the Publisher, the commission is still the same % of 70% of the total investment by Advertiser is yours!

Examples of the advertising package, you will be paid:

1. RM14.00 for every 100 clicks from your site.
2. RM7.00 for every 500 Impression send from your website. (If you have the focus of 
advertisers)3. RM1.40 for each impression + click for daily package. (If you have the focus of advertisers)

Note: Statistics above are examples only, if no Advertiser targeting the type of display ads only or daily then it means that exposure alone does not provide any income to you. But for every click on any payment to be provided to you.

Thank you, God willing we will always strive to provide the BEST of the Internet advertising system strong to adsniaga.com supporters!

MUHAMMAD SUFFI YUSOF
Adsniaga.com System Manager
admin@adsniaga.com

##########################################################


12/05/2011, 6:36 am

FAQ : Banner pengiklan tidak dipaparkan! (Leaderboard)
Assalamualaikum w.b.t & Salam Mesra!Baru-baru ini adsniaga.com ada menerima aduan tentang iklan banner 'leaderboard' yang tidak dipaparkan di laman publisher. Di sini, adsniaga ingin memaklumkan bahawa iklan dari jenis banner 'leaderboard' adalah masih baru dilancarkan dan tidak mendapat perhatian advertiser sepenuhnya lagi dan sekiranya tiada iklan dari pengiklan maka iklan 'default' dari adsniaga.com akan dipaparkan di laman web anda dan iklan tersebut 'tiada bayaran' dan 'tiada rekod' berapa jumlah impression dan jumlah klik bagi iklan 'default' tersebut.Oleh yang demikian, adsniaga ingin menasihati para publisher supaya bersabar sehingga kita menerima banner-banner dari pengiklan dan setiap banner tersebut akan dipaparkan di laman web anda secara automatik. Semoga penjelasan ini dapat memberikan anda gambaran yang lebih jelas tentang perjalanan sistem pengiklanan ini.Terima Kasih.- Pengurusan adsniaga.com
05/05/2011, 10:53 pm

Iklan Khidmat Masyarakat adsniaga.com!
Assalamualaikum w.b.t & Salam Mesra!

Adsniaga.com berbesar hati untuk memperkenalkan 'Iklan Khidmat Masyarakat' (IKM) kepada semua pengguna merangkap penyokong kuat kepada sistem pengiklanan internet adsniaga.com.

Berita baik buat mana-mana pertubuhan/komuniti/institusi/perseorangan yang bergerak sebagai pembantu/perantara kepada usaha murni untuk membantu fakir miskin/anak yatim/pelajar agama/sumbangan pembinaan masjid/ dan apa jua aktiviti yang dilakukan di atas konsep 'bukan berasaskan keuntungan' kepada individu sebaliknya ikhlas untuk masyarakat. 

Adsniaga.com akan melancarkan IKM yang disediakan secara PERCUMA kepada Masyarakat sebagai satu langkah menyalurkan bantuan kepada masyarakat melalui kaedah mengiklankan perkhidmatan mereka kepada semua! Melalui kaedah ini adsniaga.com bersama-sama pengguna sistem ini khususnya Publisher dapat secara bersama-sama menyumbang kepada sebarang aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh mereka yang khusus dalam institusi tersebut.

Mohon sampaikan berita ini kepada sesiapa sahaja dan bagi yang berminat untuk menyertai kempen ini dengan menghantar butiran berikut kepada admin@adsniaga.com :

1. Nama Penuh :
2. Aktiviti/kempen kebajikan yang dijalankan :
3. Alamat Penuh :
4. No.Telefon :
5. Salinan kad pengenalan :
6. Alamat Email :
7. Alamat Web yang ingin diiklankan :

Adsniaga.com akan meneliti kandungan laman web yang dimohon dan akan membina iklan khas untuk menyalurkan pengguna ke laman web tersebut melalui iklan 'default' yang akan dipaparkan di setiap laman web publisher sekiranya tiada iklan daripada 'advertiser' yang sesuai dipaparkan di laman web 'publisher' pada ketika itu. 

Iklan Khidmat Masyarakat ini adalah PERCUMA! dan 'Publisher' juga tidak akan menerima bayaran sekiranya mendapat klik daripada iklan ini di laman web mereka. Berkonsepkan 'Khidmat Masyarakat', melalui kaedah ini para 'Publisher' juga sedikit sebanyak dapat bersama menyumbang kepada pembangunan masyarakat. 

Diantara kriteria untuk menyertai kempen ini ialah mereka yang terlibat secara langsung dengan mana-mana aktiviti berikut :

1. Pengurus rumah anak-anak yatim.
2. Pengurus sekolah agama rakyat.
3. Pengurus kutipan dana bagi pembangunan Masjid/Surau/Lain-lain
4. Pengurus rumah anak-anak istimewa berkeperluan khas (OKU)
5. Pengurus rumah-rumah kebajikan warga tua.
6. Pengurus kutipan dana misi bantuan global.
7. Pengurus kempen-kempen kebajikan yang dijalankan oleh kerajaan dan para NGO. 
8. Dan lain-lain kempen khidmat masyarakat yang berkaitan.

Berikut adalah contoh iklan yang aka dipaparkan di laman web para publisher adsniaga.com yang kini telah mencecah sehingga lebih 300,000 paparan setiap hari :

------------------------------------
Dana Bina Masjid diperlukan!
Mohon kepada semua muslimin
dan muslimat yang berminat. 
Tmn Kota Kenari, Kulim.
------------------------------------
www.kotakenari.com
------------------------------------

Semoga dengan wujudnya Iklan Khidmat Masyarakat ini dapat kita secara bersama-sama menyumbang kepada pembangunan masyarakat khususnya di Malaysia. 

Terima Kasih!.

Pengurusan adsniaga.com

*Adsniaga sekadar menjadi perantara iklan-iklan kebajikan masyarakat dan tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan kempen tersebut dan tidak boleh dipertanggungjawabkan sekiranya berlaku sebarang aktiviti penipuan dan pemalsuan. Adsniaga hanya boleh menjamin setiap permohonan itu akan menjalani satu proses tapisan keselamatan dan pengesahan maklumat yang sahih sebelum iklan itu dikeluarkan dan diaktifkan di adsniaga.com.


03/05/2011, 10:23 am

Adsniaga : Leaderboard (728 x 90) dilancarkan!
Adsniaga : Leaderboard (728 x 90) dilancarkan!
Assalamualaikum & salam mesra!

Bermula dengan iklan teks kini adsniaga dengan sukacitanya ingin mengumumkan penambahbaikan terkini yang dilakukan oleh team pengurusan di adsniaga.com,Kami berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kini adsniaga bukan sahaja menyediakan ruang untuk pengiklanan teks, namun sudah membuka ruang kepada para pengiklan mahupun pemasang iklan untuk melihat iklan-iklan dalam bentuk banner di laman web anda!

Iklan banner pertama di adsniaga.com ini diberi nama "Leaderboard (728 x 90)" yang akan membenarkan pengiklan menggunakan medium banner sebagai bahan iklan untuk menembusi seluruh laman web para publisher.

Publisher juga berpeluang untuk memberikan kecerian dengan paparan banner yang bewarna warni daripada para pengiklan dipaparkan di laman web anda.

Iklan banner ini diperkenalkan dengan pakej berikut kepada para Pengiklan/Advertiser :

1. RM10 untuk 50 Klik (RM0.20/Klik)
2. RM10 untuk 500 Paparan/Impression (RM0.02/Paparan)
3. RM10 untuk 5 Hari Paparan + Klik (RM2.00/Hari)

Manakala bagi Penerbit/Publisher pula, % Komisen masih sama iaitu 70% daripada jumlah pelaburan Pengiklan/Advertiser adalah milik anda!

Contoh berdasarkan pakej pengiklanan, anda akan dibayar :

1. RM14.00 Bagi setiap 100 klik dari laman web anda.
2. RM7.00 Bagi setiap 500 Impression dari laman web anda. (Jika ada fokus dari pengiklan)
3. RM1.40 Bagi setiap paparan + klik bagi pakej harian. (Jika ada fokus dari pengiklan)

Perhatian : Perangkaan di atas adalah contoh sahaja, sekiranya tiada Pengiklan/Advertiser yang mensasarkan iklan dari jenis paparan sahaja atau harian maka ianya bermakna paparan sahaja tidak memberikan sebarang pendapatan kepada anda. Namun bagi setiap klik ada bayaran yang akan diberikan kepada anda. 

Terima kasih kerana menyokong kewujudan Adsniaga.com dan insyaAllah kami akan sentiasa berusaha memberikan yang TERBAIK kepada para penyokong kuat sistem pengiklanan internet adsniaga.com!

MUHAMMAD SUFFI YUSOF
Pengurus Sistem Adsniaga.com
admin@adsniaga.com

##########################################################

Adsniaga: Leaderboard (728 x 90) launched!

Greetings!

Starting with a text ad now adsniaga pleased to announce the recent improvements made by the management team at adsniaga.com,We are pleased to inform you that now adsniaga not only provides advertising space for text, but is open to all advertisers or publishers to see the ads in a banner on your website!

The first banner ad on this adsniaga.com called "Leaderboard (728 x 90)" that will allow advertisers to use banner advertising medium to penetrate all the publisher's website.

Publisher will have the opportunity to provide fun with a colorful display of banners on your website.

These banner ads were introduced with the following packages to the Advertiser:

1. RM10 for 50 Click (RM0.20/Click)
2. RM10 for 500 Impressions / Impression (RM0.02/Impression)
3. RM10 for 5 Days Impression + Click (RM2.00/Day)

While the Publisher, the commission is still the same % of 70% of the total investment by Advertiser is yours!

Examples of the advertising package, you will be paid:

1. RM14.00 for every 100 clicks from your site.
2. RM7.00 for every 500 Impression send from your website. (If you have the focus of advertisers)
3. RM1.40 for each impression + click for daily package. (If you have the focus of advertisers)

Note: Statistics above are examples only, if no Advertiser targeting the type of display ads only or daily then it means that exposure alone does not provide any income to you. But for every click on any payment to be provided to you.

Thank you, God willing we will always strive to provide the BEST of the Internet advertising system strong to adsniaga.com supporters!

MUHAMMAD SUFFI YUSOF
Adsniaga.com System Manager
admin@adsniaga.com
##########################################################
20/04/2011, 10:32 pm

Iklan tidak keluar di laman web/blog anda?
Assalamualaikum w.b.t & salam mesra!

Sekiranya anda mengalami masalah iklan tidak dipaparkan di laman web anda, berikut adalah apa yang lazim berlaku menyebabkan iklan tidak dipaparkan :

1. Iklan tidak akan dipaparkan selagi permohonan anda untuk menyertai sistem adsniaga.com tidak diluluskan. Lazimnya akan mengambil masa dalam tempoh 24 jam sahaja. Setelah akaun anda diaktifkan, iklan akan serta merta terpapar di laman web/blog anda.

2. Kod iklan tidak disalin dengan sempurna. Maksudnya ada kod yang tertinggal menyebabkan iklan tidak akan dipaparkan di laman web/blog anda.

3. Kod iklan diletakkan ditempat yang bertindih dengan widget sedia ada di laman web/blog anda seperti javascript, flash dan lain-lain. 

4. Iklan tidak dipaparkan sekiranya anda memilih "show ads which depend on the content of your site" sebaliknya anda hanya perlu memilih selain daripada pilihan tersebut. Hal ini adalah kerana selagi tiada iklan yang berkenaan dengan kandungan laman web/blog anda maka selagi itu iklan tidak akan dipaparkan di laman web anda.

Setakat ini empat perkara ini adalah punca kenapa iklan tidak dipaparkan di laman web anda. Sekiranya anda mengalami masalah setelah empat perkara di atas dipastikan tidak berlaku sila hubungi kami segera untuk bantuan teknikal.

Terima Kasih

Pengurusan Adsniaga.com
11/04/2011, 3:10 pm

Maksimumkan paparan iklan di laman web/blog anda!
Untuk makluman, adsniaga memberikan kelebihan untuk meletakkan maksima 3 tempat iklan untuk setiap halaman blog. Jadi melalui kaedah ini anda dapat memaksimakan kebarangkalian iklan tersebut diklik oleh pengunjung dengan meletak lebih dari satu tempat untuk setiap halaman.Maklumat lanjut :

Klik Di Sini

Semoga membantu & terima kasih!
10/04/2011, 11:58 am

Pembayaran kepada publisher?
Assalamualaikum w.b.t dan salam mesra!

Sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa pembayaran kepada mana-mana publisher yang telah mencapai had pengeluaran yang anda tetapkan (minima RM50) hasil daripada penjanaan melalui blog/web anda bayarannya akan dibuat pada setiap 1hb untuk setiap bulan.

Pembayaran dibuat melalui akaun rasmi syarikat Portalniaga Dot Com melalui bank CIMB. Sekiranya akaun para publisher dari bank selain daripada CIMB, bayaran akan masuk ke dalam akaun anda dalam tempoh 2-3 hari bekerja. 

Tahniah dan teruskan usaha murni anda untuk menjana pendapatan sampingan melalui cara yang betul dan halal di sisi agama Islam.

Terima Kasih.- Pengurusan
25/02/2011, 11:54 am

FAQ : Impression tiada bayaran?
Soalan :

salam dalam akaun saya saya lihat :

click = 13 impression = 1000 lebih tapi komisyen cuma RM 0.91. bukankah 1000 impression boleh dapat RM 7? bleh saya dapat penjelasan tentang perkara ini?

Jawapan :
Salam,
Berkenaan komisyen, setiap impression 'tiada bayaran' melainkan impression tersebut dibayar oleh advertiser. Jika tiada iklan advertiser yang membayar untuk fokus impression maka publisher hanya akan menjana pendapatan daripada jumlah klik sahaja.

Sebagai contoh :

13 klik x RM0.07 = RM0.91 (dalam situasi tiada iklan fokus impression keluar di laman web anda)

jika ada iklan fokus impression sebanyak 100 keluar di laman web anda, anda akan menerima RM0.70 untuk paparan impression tersebut. Bergantung kepada jumlah yang dipaparkan dan ianya dikira secara automatik.

Semoga membantu.
24/02/2011, 11:12 am

Gangguan paparan iklan.
Alhamdulillah sistem telah kembali kepada sedia kala. Ada sedikit masalah di bahagian database dan telah diperbaiki. Semoga dengan kebenaran dan keberkatan yang kita cari dapat mengelakkan dari sebarang masalah yang berat seperti pencerobohan atau dikhianati. Semoga sistem yang menjadi punca rezeki halal ini sentiasa dilindungi Allah daripada semua masalah tersebut. InsyaAllah.
22/02/2011, 10:07 pm

Perhatian buat publisher!
Perhatian : Kepada semua publisher yang baru saja mendaftar, kami memahami perasaan anda yang ingin mencuba sejauh mana sistem ini mampu menjana pendapatan kepada anda. Setiap daripada anda pasti berkeinginan untuk klik iklan di laman web anda sendiri dan melihat kemaskini yang berlaku dalam statistik anda di sini. Tahukah anda tindakan anda itu akan memberikan rekod negatif kepada akaun anda? oleh yang demikian, kami memohon jasa baik semua publisher agar jangan sesekali klik pada iklan sendiri walaupun untuk mencuba perjalanan sistem kerana kami sentiasa memantau dan mendapati sistem semuanya berjalan lancar. Semoga kita terus amanah dengan tanggungjawab sebagai publisher untuk benar-benar memberikan klik yang berkualiti kepada para advertiser.Terima Kasih.
30/12/2010, 3:20 pm

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Jangan lakukan spam pada komentar dan bila anda ingin beriklan gratis atau hanya sekedar membuat backlink anda bisa melakukannya di beriklanbersama.blogspot.com dan hanya dengan sekali pasang maka akan terpasang di 10 website.